Link Within

Blog Widget by LinkWithin
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

Kursus Badan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Kelas SK Jabi

>> Sabtu, 17 Januari 2009

Hari ini SK Jabi telah mengadakan Kursus Badan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Kelas bertempat di Kem Cikgu Mad Din, Jalan Naka. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Antara pengisian program ini ialah slot motivasi yang telah disampaikan oleh Encik Azhar yang merupakan kaunselor dari Kolej Sultan Abdul Hamid, (KSAH) bengkel bacaan doa yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Bin Hassan* dan bengkel pengacaraan majlis menggunakan teks bahasa arab yang dikendalikan oleh Puan Faridah Binti Aziz. Program ini telah berjaya memberikan impak yang positif ke arah mempertingkatkan lagi jati diri dan mengembangkan kemahiran serta bakat kepimpinan peserta.

*Pada masa yang sama Encik Ahmad Bin Hassan sepatutnya menghadiri mesyuarat AJK PIBG bertempat di Kafeteria SK Jabi. Namun atas arahan pentadbir Encik Ahmad diminta mengutamakan kursus ini. Antara maklumat hasil mesyuarat yang diterima ialah pihak PIBG akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana bersama para waris pada setiap bulan. Program qiyamullail akan diteruskan seperti tahun-tahun lepas.

Read more...

Program Transisi Tahun 1 dan Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid

>> Rabu, 31 Disember 2008

Hari ini SK Jabi telah mengadakan Program Transisi Tahun 1 dan Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid. Program dan majlis ini telah berjalan dengan lancar kecuali slot bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bilangan murid yang mendaftar untuk memasuki Tahun 1 pada tahun ini mencatat sedikit penurunan berbanding tahun lepas memandangkan sesi persekolahan di sebelah petang menyukarkan sebahagian waris untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Pun begitu terima kasih diucapkan kepada para waris yang memilih SK Jabi sebagai tempat untuk anak-anak mereka menimba ilmu. Semoga suatu hari nanti anak-anak mereka akan tampil sebagai generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP