Link Within

Blog Widget by LinkWithin
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Mesyuarat Agung PIBG SK Jabi Kali Ke 35

>> Selasa, 23 Mac 2010

Read more...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Jabi : Sederhana Tetapi Meriah

>> Jumaat, 12 Mac 2010

Sederhana tetapi meriah. Mungkin inilah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jabi yang telah diadakan semalam - 11 Mac.

Pelbagai acara menarik telah disajikan seperti perarakan, pertandingan azan, pertandingan tilawah Al Quran, pertandingan hafazan, pertandingan baca jawi, pertandingan kuiz, pertandingan nasyid dan pertandingan mewarna.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa majlis sambutan berlangsung :

.:: Persediaan sebelum perarakan::.

.:: Tazkirah ringkas di Masjid Jabi ::.

.:: Persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Barakah ::.

.:: Pertandingan azan Tahap 1 ::.

Read more...

Minggu-Minggu Terakhir di SK Jabi

>> Jumaat, 20 November 2009

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SK Jabi 2009 Tarikh : 12 November 2009 (Khamis)
Masa : 7.45 - 12.45 tengah hari
Tempat : Kafeteria SK Jabi

Mesyuarat Guru SK Jabi

Mesyuarat 4 + 1 (mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum, mesyuarat HEM dan mesyuarat Kokurikulum) ini diadakan di kaferteria sekolah sejurus selepas HAC berakhir.

Wajah-Wajah Gemilang : UPSR 2009

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya meraih 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Duduk dari kiri Prak Sert, Fatin Najihah, Madihah, Nawal Akilah, Ifa dan Fameyza.

Read more...

Kem Aqil Baliqh Tahun Enam SK Jabi

>> Jumaat, 9 Oktober 2009



4- 6 Oktober - Selama tiga hari berturut-turut murid-murid beragama Islam SK Jabi telah mengikuti satu program yang dikenali sebagai Kem Aqil Baliqh bertempat di dewan sementara SK Jabi. Program ini adalah lanjutan daripada Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain yang telah diadakan pada bulan Mac yang lepas selain bagi memenuhi kehendak daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Negeri Kedah yang mahukan setiap sekolah mengadakan kem sebegini bagi murid-murid Tahun Enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR.

Antara pengisian kem pada kali ini ialah tayangan LCD dan penerangan mengenai pembahagian najis dan cara menyucikannya, mandi wajib, wudhuk, tayammum, solat fardhu, adab menziarahi pesakit dan orang mati dan solat jenazah. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil (LDK) dan menjalani latihan amali. Pengisian-pengisian ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Encik Ahmad bin Hassan, Puan Rusyipah binti Nayan, Puan Rodziah binti Yaakob dan Puan Rogayah binti Ismail serta dibantu oleh guru-guru akademik yang lain. Terima kasih kepada yang terlibat.

Read more...

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Jabi

Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Kafeteria SK Jabi
Aktiviti : gotong-royong menyediakan juadah dan makanan, persembahan murid, aktiviti mewarna dan jamuan makan.


Read more...

Rangkuman Peristiwa Di SK Jabi

>> Isnin, 28 September 2009

Peristiwa 1 : Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2009
7 September - Satu majlis memohon restu oleh calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan bertempat di kafeteria SK Jabi. Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh murid-murid dan guru-guru Tahun Enam malah turut dihadiri oleh para pentadbir dan guru-guru sesi pagi dan sesi petang. Kami mendoakan agar semua calon UPSR pada tahun ini akan beroleh keputusan cemerlang yang dijangka diumumkan pada pertengahan bulan November nanti.


Peristiwa 2 : Peperiksaan UPSR 2009
8 - 9 September - Selama tiga hari berturut seramai 104 orang calon UPSR termasuk seorang murid RESOS (masalah penglihatan) menduduki peperiksaan UPSR dalam "suasana baru" apabila semua calon dikehendaki memakai penutup mulut bagi membendung penularan wabak H1N1 yang masih belum menunjukkan tanda reda. Buat pertama kali juga pada tahun ini satu ujian khas yang dikenali sebagai Ujian Aptitud diperkenalkan bagi menguji dan menyaring calon-calon yang berkelayakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Peristiwa 3 : Kem Bestari Solat Khas Ramadhan
1 - 16 September - Bagi memastikan murid-murid Tahap Satu dapat menunaikan solat dengan betul dan sempurna Kem Bestari Solat telah dijalankan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Kem pada kali ini lebih menitikberatkan amali wudhuk dan solat secara berjamaah yang diimami oleh murid sendiri . Secara keseluruhannya kem ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan walau pun terdapat segelintir murid yang masih belum dapat menguasai bacaan tahiyyat akhir dengan baik.

Peristiwa 4 : Majlis Tadarrus Al Quran Ramadhan
1 - 16 September - Sudah menjadi tradisi bagi SK Jabi apabila tibanya Ramadhan program Tadarrus Al Quran menjadi kemestian untuk dilaksanakan. Seperti biasa program tadarrus Al Quran pada tahun ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid lelaki, kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid perempuan dan kumpulan tadarrus Al Quran Juzuk Amma bagi murid-murid yang belum mahir membaca Al Quran. Apa yang membanggakan kami ialah peserta-peserta program tadarrus Al Quran pada tahun ini kebanyakkannya dikuasai oleh murid-murid pelaksanaan program j-QAF manakala kualiti bacaan Al Quran pula adalah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Peristiwa 5 : Majlis Khatam Al Quran dan Pemberian Duit Raya
17 September - Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad bin Hassan telah berlangsung dengan jayanya dengan murid-murid yang terlibat dengan program tadarus dan khatam Al Quran ini telah diraikan dengan pemberian hadiah dan cenderamata. Majlis diteruskan dengan sesi bermaafan antara guru dan murid dan diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid SK Jabi.

Unit j-QAF SK Jabi mengucapkan...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Kem Bestari Solat (KBS) Perdana 2

>> Ahad, 5 Julai 2009


Unit j-QAF sekali lagi mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) pada 27 Jun yang lalu. Seramai 275 orang murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 menghadiri kem pada kali ini yang turut dibantu oleh guru-guru SK Jabi. KBS pada kali ini masih memberi penekanan kepada amali wudhuk dan amali solat (bacaan dan perlakuan). Hasil yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kem ini amatlah memberansangkan dan boleh dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

Read more...

Kem Bestari Solat (KBS) Perdana

>> Jumaat, 26 Jun 2009


Pada 19 Jun yang lepas Unit j-QAF SK Jabi telah mengadakan Kem Bestari Solat Perdana yang melibatkan keseluruhan murid pelaksanaan program j-QAF dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Selain daripada guru-guru j-QAF, program ini turut dibantu oleh guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru KAFA dan beberapa orang penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Memandangkan bilangan kelas yang terhad pihak sekolah telah memohon kebenaran pihak masjid (yang bersebelahan dengan sekolah) untuk menggunakan kemudahan yang ada bagi tujuan murni ini. Antara modul-modul KBS pada kali ini ialah amali wudhuk, amali solat, tayangan LCD dan LDK. Unit j-QAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahu pun tidak langsung. KBS siri berikutnya akan diadakan pada 27 Jun akan datang.

Read more...

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru SK Jabi

>> Ahad, 17 Mei 2009

Hari ini telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jabi. Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan guru, murid dan waris telah diadakan. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti berlangsung.

Gambar A : Encik Ahmad Bin Hassan sedang memimpin bacaan tahlil ringkas
Gambar B : Bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh Encik Helmi Bin Mohamad
Gambar C : Persembahan deklamasi sajak oleh Adik Rahimah Binti Ahmad
Gambar D : Bacaan ikrar yang diketuai oleh Encik Ahmad Bin Din

Gambar E : Guru-guru sedang menyanyikan lagu tema hari guru
Gambar F : Sumbangan kek daripada wakil PIBG
Gambar G : Majlis pemberian cenderahati oleh murid
Gambar H : Sukaneka (kategori lelaki)

Gambar I : Sukaneka (kategori lelaki)
Gambar J : Sukaneka (kategori perempuan)
Gambar K : Sukaneka (kategori perempuan)
Gambar L : Persembahan nasyid oleh murid-murid

Read more...

Majlis Bacaan Yasin Perdana & Ceramah Motivasi

>> Isnin, 27 April 2009

Pada 23 April yang lepas Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Ceramah Motivasi Anjuran PIBG telah diadakan di kafeteria SK Jabi. Slot ceramah motivasi bertajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Diri Dan Sahsiah Kanak-Kanak" telah disampaikan oleh Puan Hajjah Nazrah Binti Yusuf; pensyarah di Institut Perguruan Darulaman (IPDA). Dalam ceramahnya beliau banyak menerapkan formula kerjasama-kasih dalam membentuk kecemerlangan diri anak-anak. Sambutan staf sekolah dan para waris pada program kali ini begitu menggalakkan. Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.

Read more...

Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain SK Jabi Berjaya

>> Ahad, 15 Mac 2009


Pada 14 Mac yang lepas telah diadakan Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain yang melibatkan keseluruhan murid Tahun 6 SK Jabi yang beragama Islam. Tamrin yang bermula dari pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 4.30 petang. Antara pengisian tamrin ini ialah taklimat fardhu ain, ujian amali fardhu ain dan slot-slot ceramah yang berkisar tentang ibadah dan akidah. Secara keseluruhannya tamrin ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul SK Jabi Meriah


Pada 12 Mac yang lalu telah diadakan Majilis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jabi. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini diisi dengan pelbagai acara yang menarik seperti perarakan Maulidur Rasul, pertandingan mewarna, pertandingan azan, pertandingan hafazan, pertandingan bacaan jawi dan pertandingan nasyid. Keputusan penuh pertandingan akan menyusul selepas ini.

Read more...

Perkhemahan Pengakap SK Jabi 2009

>> Ahad, 8 Mac 2009


Pada 5 dan 6 Mac yang lalu telah diadakan Perkhemahan Pengakap bertempat di Kem Cikgu Mad Din, Jalan Naka, Pokok Sena, Kedah. Aktiviti yang dijalankan secara tahunan ini telah disertai kira-kira 70 orang peserta pengakap SK Jabi dengan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu Encik Ahmad Bin Din, Encik Ahmad Bin Hassan, Encik Mohamad Arif Bin Ab. Samat, Encik Hilmi Bin Mohamad, Cik Shaliza Binti Saad, Cik Nor Azlina Binti Daud dan turut dibantu oleh Cik Sofiah Binti Ahmad; Pembantu Murid RESOS SK Jabi. Tetamu jemputan perkhemahan ini terdiri daripada Tuan Haji Jamil Bin Abdullah; Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Tuan Haji Roslan Bin Mansur; Ketua Pengakap Daerah Kota Setar dan Tuan Haji Ghazali; Pegerusi Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Kota Setar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini adalah seperti teknik memasang khemah, persembahan kebudayaan, tazkirah, latihan dinamika kumpulan, permainan kotak beracun, latihan kawat dan bacaan ikrar.

Read more...

Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam Kelompok PKG Pokok Sena

>> Selasa, 3 Mac 2009


Hari ini Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam Kelompok PKG Pokok Sena telah diadakan di Bilik Gerakan SK Tualang pada pukul 2.30 petang. SK Jabi telah diwakili oleh Encik Ahmad Bin Hassan. Sebanyak 16 buah sekolah dalam kelompok PKG Pokok Sena terlibat dengan karnival ini iaitu SK Jabi, SK Tualang, SK Bukit Hijau, SK Bukit Payung, SK Bukit Pinang, SK Bukit Tampoi, SK Kampong Bukit, SK Kampong Paya, SK Kuala Lanjut, SK Kubang Leret, SK Lengkuas, SK Nawa, SK Pokok Sena, SK Telaga Mas, SK Telok Jamat dan SK Wan Abdul Samad.

Pelbagai agenda mesyuarat telah dibincangkan dengan bersungguh-sungguh oleh wakil-wakil setiap sekolah yang hadir menggambarkan betapa tingginya komitmen guru-guru Pendidikan Islam (GPI dan j-QAF) demi memajukan Pendidikan Islam itu sendiri.

Seperti tahun-tahun lepas acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti tilawah Al Quran, hafazan, kuiz Pendidikan Islam, pertandingan bercerita sirah nabi, pertandingan nasyid dan pertandingan kompang selawat. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan karnival ini pada 23 Mac 2009 bertempat di SK Tualang.

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG SK Jabi Kali Ke 34

>> Sabtu, 28 Februari 2009


Mesyuarat Agung PIBG SK Jabi kali 34 telah diadakan pada 28 Februari 2009 bertempat di Kafeteria SK Jabi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh adik Siti Salmiah Binti Yahaya, pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan cabutan bertuah untuk para guru dan waris. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang ini berakhir 3 jam kemudian.

Read more...

Rumah Merah Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan & Olahraga SK Jabi 2009

>> Ahad, 15 Februari 2009

  • Rumah Merah : 215 mata
  • Rumah Kuning : 203 mata
  • Rumah Hijau : 202 mata
  • Rumah Biru : 86 mata

Read more...

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama

>> Ahad, 8 Februari 2009

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam SK Jabi kali pertama telah diadakan pada hari Sabtu 7 Februari 2009. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah post mortem peperiksaan akhir tahun 2008, head count, perancangan aktiviti 2009 , perancangan rancangan harian dan buku latihan murid.

Bagi melicinkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini, guru-guru telah diberi pembahagian tugas seperti berikut :

  • Majlis Sambutan Maulidur Rasul : Puan Norini Binti Ahmad, Cik Nor Azlina Binti Daud dan Cik Shaliza Binti Saad
  • Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj : Puan Adabiah Binti Abd. Ghani dan Puan Faridah Binti Aziz
  • Ihya' Ramadhan : Encik Ahmad Bin Hassan, Puan Rogayah Binti Ismail dan Puan Norhayati Binti Halim
  • Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri : Puan Rusyipah Binti Nanyan dan Puan Rodziah Binti Mahmud
  • Jurulatih cerita sirah nabi : Puan Norhayati Binti Halim
  • Jurulatih hafazan : Puan Rogayah Binti Ismail
  • Jurulatih tilawah Al Quran : Encik Ahmad Bin Hassan dan Puan Faridah Binti Aziz
  • Jurulatih nasyid : Puan Faridah Binti Aziz, Puan Adabiah Binti Abd. Ghani dan Cik Nor Azlina Binti Daud
  • Jurulatih kuiz agama : Puan Rusyipah Binti Nanyan dan Puan Norini Binti Ahmad
  • Jurulatih kompang selawat : Encik Ahmad Bin Hassan
Mesyuarat ini juga turut membincangkan mengenai perancangan program j-QAF sepanjang tahun 2009. Semua model-model pengajaran j-QAF akan dijalankan seperti biasa mengikut panduan-panduan yang telah ditetapkan dengan dibantu oleh guru-guru Pendidikan Islam. Bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman murid terhadap solat, murid-murid akan diberi latih tubi bacaan-bacaan tertentu dalam solat pada setiap kali perhimpunan harian (bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 7.45 pagi) diadakan. Adalah diharapkan agar setiap keputusan dan ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kecemerlangan murid SK Jabi.

Read more...

Langkah Mula Kelas Tasmik SK Jabi 2009

>> Selasa, 20 Januari 2009


Beginilah suasana kelas tasmik SK Jabi. Walau pun serba kekurangan kelas tasmik tetap dijalankan (kelihatan di sebelah Cik Shaliza Binti Saad sedang mengendalikan kelas Tasmik untuk murid-murid Tahun 2). Kebiasaannya kelas tasmik dijalankan di kafeteria sekolah. Namun jika kafeteria digunakan untuk program-program tertentu kelas tasmik akan berubah tempat ke makmal ICT.

Pada tahun ini kelas tasmik Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 masing-masing dijalankan pada hari Ahad, Selasa dan Rabu bermula pada pukul 12.15 hingga pukul 1.15 petang. Manakala kelas tasmik untuk Tahun 4 pula dijalankan pada hari Khamis dari pukul 1.15 hingga pukul 2.15 petang.

Beberapa pembaharuan telah dibuat untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kelas tasmik seperti penyediaan buku rekod bacaan murid yang lebih teratur dan kemas kepada setiap orang guru pembimbing, kemudahan pembelian buku iqra', pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang diketuai oleh murid turus (yang mahir bacaan) dan hadiah galakan (penanda buku) kepada murid yang dapat menghabiskan setiap satu buku iqra' (buku 1 hingga buku 6).

Kepada guru-guru Pendidikan Islam (GPI) yang sudi membantu kami melaksanakan kelas tasmik ini jazakumullahu khairan jaza' diucapkan. Semoga kelas tasmik yang dijalankan pada tahun ini lebih berjaya dari tahun-tahun sebelumnya.

Read more...

Mesyuarat Induk Hal Ehwal Murid (HEM) Kali Pertama

>> Sabtu, 10 Januari 2009

Hari ini Mesyuarat Induk Hal Ehwal Murid (HEM) kali pertama telah diadakan di makmal ICT SK Jabi. En. Ahmad Bin Hassan yang diberi tanggungjawab untuk menggerakkan Kelab Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah antara sepuluh unit dan kelab yang bernaung di bawah HEM terlibat dengan mesyuarat ini. Banyak info dan maklumat telah disampaikan oleh Puan Rohana Binti Luxamana selaku Penolong Kanan HEM SK Jabi.

Selepas ini semua unit dan kelab termasuk Kelab PPDa akan bermesyuarat bersama ahli jawatankuasa masing-masing bagi merancang aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Besar kemungkinan kelab ini akan bergabung dengan Kelab Pencegahan Jenayah dalam menjayakan sesuatu aktiviti seperti program ceramah dan lawatan demi manfaat murid-murid SK Jabi.

Read more...

Mesyuarat Guru SK Jabi Kali Pertama

>> Khamis, 1 Januari 2009

Mesyuarat Guru SK Jabi kali pertama untuk sesi persekolahan 2009 yang tertangguh sejak 2 hari lepas telah sempurna diadakan pada hari ini. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi. Guru Besar dalam ucapannya banyak menekankan aspek kesepaduan dan kerjasama diantara semua guru bagi menjayakan setiap perancangan dan aktiviti sepanjang tahun 2009. Antara maklumat-maklumat yang disampaikan oleh Puan Guru Besar adalah :

  • Penolong Kanan Kokurikulum; Puan Che Embut Binti Hj Abdullah yang baru sebulan bertugas di sekolah ini telah bertukar ke SK Alor Binjal
  • Pemantauan daripada jabatan akan dijalankan pada minggu pertama persekolahan
  • Kutipan yuran murid ditangguhkan hingga ke suatu masa yang akan diberitahu kemudian
  • Bangunan baru asrama dan blok akademik RESOS (murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan) dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Februari akan datang
  • Bangunan lama RESOS akan dijadikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pokok Sena
  • Buat masa sekarang hanya murid-murid RESOS sahaja akan ditempatkan di asrama kerana masalah kekurangan tempat. Walau bagaimana pun apabila bangunan baru asrama siap, seramai 104 orang murid dijangka akan ditempatkan di asrama ini.
Seperti tahun lepas sesi persekolahan masih dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk murid-murid Tahap 2 dan sesi petang untuk murid-murid Tahap 1. Buat pertama kali 2 orang guru j-QAF iaitu Puan Faridah Binti Aziz dan Cik Norazlina Binti Daud akan mengajar pada sesi pagi dan sesi petang memandangkan Tahun 4 yang terlibat dengan pelaksanaan program j-QAF dijalankan pada sebelah pagi. Tahun ini juga melihat kepada pertambahan beberapa bilangan tugas yang terpaksa dipikul oleh guru-guru j-QAF diantaranya ialah :

1. Encik Ahmad Bin Hassan
  • Guru kelas 2 Berkat
  • AJK Panitia Agama Islam
  • AJK Unit SPBT
  • AJK Unit Kesihatan, Keselamatan dan Keceriaan (3K)
  • Setiausaha Kelab Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
  • AJK Majlis Sukan Sekolah
  • Ketua Rumah Merah
  • Guru Penasihat Pengakap
  • Guru Penasihat Persatuan Agama Islam
  • Jurulatih Pasukan Tilawah Al Quran
2. Puan Faridah Binti Aziz
  • Setiausaha Panitia Agama Islam
  • Penolong Setiausaha Kelab Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
  • Guru Penasihat Persatuan Agama Islam
  • Guru Penasihat Rumah Hijau
  • Jurulatih Pasukan Tilawah Al Quran
  • Jurulatih Pasukan Nasyid
3. Cik Nor Azlina Binti Daud
  • Guru kelas 3 Berkat
  • AJK Panitia Agama Islam
  • AJK Unit SPBT
  • AJK Unit Kesihatan, Keselamatan dan Keceriaan (3K)
  • AJK Pusat Sumber Sekolah
  • AJK Unit SPBT / Susu Sekolah / Kafeteria
  • Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
  • Guru Penasihat Rumah Biru
  • Jurulatih Pasukan Nasyid
4. Cik Shaliza Binti Daud
  • AJK Panitia Agama Islam
  • AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling
  • Guru Penasihat Rumah Kuning
Semoga guru-guru j-QAF dapat menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan ini dengan baik dan mencapai objektif seperti yang diharapkan.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP