Link Within

Blog Widget by LinkWithin
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Mesyuarat Agung PIBG SK Jabi Kali Ke 35

>> Selasa, 23 Mac 2010

Read more...

Takziah : Ayah Ustazah Rusyipah Meninggal Dunia

>> Rabu, 17 Mac 2010

Unit j-QAF merakamkan ucapan takziah kepada Ustazah Rusyipah binti Nanyan; Guru Pendidikan Islam SK Jabi diatas kepulangan ayahandanya yang tercinta ke rahmatullah pada pukul 1.20 petang tadi. Doa kami semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al Fatihah...

Read more...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Jabi : Sederhana Tetapi Meriah

>> Jumaat, 12 Mac 2010

Sederhana tetapi meriah. Mungkin inilah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jabi yang telah diadakan semalam - 11 Mac.

Pelbagai acara menarik telah disajikan seperti perarakan, pertandingan azan, pertandingan tilawah Al Quran, pertandingan hafazan, pertandingan baca jawi, pertandingan kuiz, pertandingan nasyid dan pertandingan mewarna.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa majlis sambutan berlangsung :

.:: Persediaan sebelum perarakan::.

.:: Tazkirah ringkas di Masjid Jabi ::.

.:: Persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Barakah ::.

.:: Pertandingan azan Tahap 1 ::.

Read more...

Lepasan SPM, STAM Jadi Guru j-QAF

>> Isnin, 30 November 2009

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran membuka ruang kepada lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengatasi masalah kekurangan guru Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini penting kerana sasaran awal kementerian untuk melahirkan lebih 32,000 guru j-QAF bagi memenuhi keperluan 6,314 sekolah rendah di seluruh negara, menjelang 2010.

Beliau berkata, kini hanya kira-kira 13,000 guru j-QAF sedang berkhidmat di 4,732 sekolah rendah di seluruh negara.

"Masalah kekurangan guru agama menjadi semakin serius apabila kita mula melaksanakan pembelajaran j-QAF pada peringkat sekolah menengah di seluruh negara, pada tahun depan.

"Biasanya guru j-QAF kita ambil adalah terdiri pemegang ijazah pertama daripada Universiti al-Azhar dan Jordan tetapi sekarang kita ada masalah kerana kekurangan guru agama yang semakin kritikal terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Berpusat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah j-QAF Keempat; Kursus Lepasan Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SBK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS) di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga bercadang menambah bilangan IPG bagi melahirkan lebih ramai guru berkualiti, sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terutama di kawasan pedalaman.

Pada masa sama, katanya, kementerian juga bercadang memperketatkan syarat kemasukan ke IPG bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar komited dan berminat saja dipilih untuk menceburi kerjaya dalam bidang perguruan.

"Kita juga mungkin menimbang untuk mewujudkan 'akujanji' iaitu apabila seseorang dipilih menjadi guru, maka dia perlu sanggup bertugas di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak selama sekurang-kurangnya lima tahun," katanya.

Mohd Puad juga berkata, kementerian akan menubuhkan kelas khas di sekolah harian bagi membolehkan murid memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menikmati suasana pembelajaran sama seperti di Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara.

Sumber : Berita Harian

Read more...

Minggu-Minggu Terakhir di SK Jabi

>> Jumaat, 20 November 2009

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SK Jabi 2009 Tarikh : 12 November 2009 (Khamis)
Masa : 7.45 - 12.45 tengah hari
Tempat : Kafeteria SK Jabi

Mesyuarat Guru SK Jabi

Mesyuarat 4 + 1 (mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum, mesyuarat HEM dan mesyuarat Kokurikulum) ini diadakan di kaferteria sekolah sejurus selepas HAC berakhir.

Wajah-Wajah Gemilang : UPSR 2009

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya meraih 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Duduk dari kiri Prak Sert, Fatin Najihah, Madihah, Nawal Akilah, Ifa dan Fameyza.

Read more...

j-QAF di sekolah menengah pula

>> Rabu, 28 Oktober 2009

KERAJAAN mengkaji kemungkinan program pengajaran Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah memperluaskan lagi pembelajaran bidang terbabit, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, setakat ini, prestasi murid yang mengikuti program j-QAF amat menggalakkan walaupun di kalangan kanak-kanak yang belum mencecah tahun enam.

“Data pencapaian seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa Arab 81.24 peratus dan jawi 89.87 peratus,” katanya, menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah, di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan akan membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama kerana minat dan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah aliran agama.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang), yang bertanya peruntukan kepada bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab di Bahagian Perkembangan Kurikulum, Dr Mohd Puad berkata, kira-kira RM1.2 juta diperuntukkan untuk bidang terbabit tahun ini.

“Peruntukan kewangan untuk bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab yang diagihkan Kementerian Pelajaran kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum pada 2009 adalah sebanyak RM1.207 juta,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Read more...

Hari Mula Peperiksaan Akhir Tahun 2009

>> Ahad, 25 Oktober 2009

Kelihatan murid-murid Tahun 4 sedang menduduki ujian Pendidikan Seni Visual pada hari pertama Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan.

Read more...

Ujian Pencapaian Jawi Enam Bulan Kedua Bermula

>> Rabu, 14 Oktober 2009

Bermula hari ini murid-murid pelaksanaan program j-QAF SK Jabi akan menduduki Ujian Pencapaian Jawi Enam Bulan Kedua dan dijangka berakhir pada esok hari. Ujian ini diadakan lebih awal daripada peperiksaan akhir tahun bagi memudahkan proses memeriksa kertas dan pengisian data sebelum dihantar ke PPD. Kepada murid-murid yang menduduki ujian "Selamat Berjaya".

Read more...

Kem Aqil Baliqh Tahun Enam SK Jabi

>> Jumaat, 9 Oktober 2009



4- 6 Oktober - Selama tiga hari berturut-turut murid-murid beragama Islam SK Jabi telah mengikuti satu program yang dikenali sebagai Kem Aqil Baliqh bertempat di dewan sementara SK Jabi. Program ini adalah lanjutan daripada Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain yang telah diadakan pada bulan Mac yang lepas selain bagi memenuhi kehendak daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Negeri Kedah yang mahukan setiap sekolah mengadakan kem sebegini bagi murid-murid Tahun Enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR.

Antara pengisian kem pada kali ini ialah tayangan LCD dan penerangan mengenai pembahagian najis dan cara menyucikannya, mandi wajib, wudhuk, tayammum, solat fardhu, adab menziarahi pesakit dan orang mati dan solat jenazah. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil (LDK) dan menjalani latihan amali. Pengisian-pengisian ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Encik Ahmad bin Hassan, Puan Rusyipah binti Nayan, Puan Rodziah binti Yaakob dan Puan Rogayah binti Ismail serta dibantu oleh guru-guru akademik yang lain. Terima kasih kepada yang terlibat.

Read more...

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Jabi

Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Kafeteria SK Jabi
Aktiviti : gotong-royong menyediakan juadah dan makanan, persembahan murid, aktiviti mewarna dan jamuan makan.


Read more...

Rangkuman Peristiwa Di SK Jabi

>> Isnin, 28 September 2009

Peristiwa 1 : Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2009
7 September - Satu majlis memohon restu oleh calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan bertempat di kafeteria SK Jabi. Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh murid-murid dan guru-guru Tahun Enam malah turut dihadiri oleh para pentadbir dan guru-guru sesi pagi dan sesi petang. Kami mendoakan agar semua calon UPSR pada tahun ini akan beroleh keputusan cemerlang yang dijangka diumumkan pada pertengahan bulan November nanti.


Peristiwa 2 : Peperiksaan UPSR 2009
8 - 9 September - Selama tiga hari berturut seramai 104 orang calon UPSR termasuk seorang murid RESOS (masalah penglihatan) menduduki peperiksaan UPSR dalam "suasana baru" apabila semua calon dikehendaki memakai penutup mulut bagi membendung penularan wabak H1N1 yang masih belum menunjukkan tanda reda. Buat pertama kali juga pada tahun ini satu ujian khas yang dikenali sebagai Ujian Aptitud diperkenalkan bagi menguji dan menyaring calon-calon yang berkelayakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Peristiwa 3 : Kem Bestari Solat Khas Ramadhan
1 - 16 September - Bagi memastikan murid-murid Tahap Satu dapat menunaikan solat dengan betul dan sempurna Kem Bestari Solat telah dijalankan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Kem pada kali ini lebih menitikberatkan amali wudhuk dan solat secara berjamaah yang diimami oleh murid sendiri . Secara keseluruhannya kem ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan walau pun terdapat segelintir murid yang masih belum dapat menguasai bacaan tahiyyat akhir dengan baik.

Peristiwa 4 : Majlis Tadarrus Al Quran Ramadhan
1 - 16 September - Sudah menjadi tradisi bagi SK Jabi apabila tibanya Ramadhan program Tadarrus Al Quran menjadi kemestian untuk dilaksanakan. Seperti biasa program tadarrus Al Quran pada tahun ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid lelaki, kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid perempuan dan kumpulan tadarrus Al Quran Juzuk Amma bagi murid-murid yang belum mahir membaca Al Quran. Apa yang membanggakan kami ialah peserta-peserta program tadarrus Al Quran pada tahun ini kebanyakkannya dikuasai oleh murid-murid pelaksanaan program j-QAF manakala kualiti bacaan Al Quran pula adalah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Peristiwa 5 : Majlis Khatam Al Quran dan Pemberian Duit Raya
17 September - Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad bin Hassan telah berlangsung dengan jayanya dengan murid-murid yang terlibat dengan program tadarus dan khatam Al Quran ini telah diraikan dengan pemberian hadiah dan cenderamata. Majlis diteruskan dengan sesi bermaafan antara guru dan murid dan diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid SK Jabi.

Unit j-QAF SK Jabi mengucapkan...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Adik Siti Salmiah Cemerlang Lagi

>> Ahad, 5 Julai 2009


Kejayaan demi kejayaan telah ditempa oleh adik Siti Salmiah dan baru-baru ini bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) adik Siti Salmiah yang mewakili kontinjen negeri Kedah sekali lagi membuktikan kemampuan dan kecemerlangan diri apabila menjuarai tiga acara serentak iaitu tilawah Al Quran, hafazan Al Quran dan nasyid dalam Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Diharapkan agar kejayaan adik Siti Salmiah ini dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat khasnya kepada murid-murid SK Jabi untuk mencipta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Tahniah diucapkan.

Read more...

Peperiksaan Pertengahan Tahun SK Jabi Bermula

>> Ahad, 24 Mei 2009


Bermula hari ini hingga 4 hari berikutnya murid-murid SK Jabi akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun bagi mengukur penguasaan dan pencapaian mereka terhadap topik-topik yang telah dipelajari. Unit j-QAF SK Jabi mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua murid dan semoga berjaya.

Read more...

Tahniah : SK Jabi Ungguli Kejohanan Sukan dan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kedah

>> Isnin, 27 April 2009

SK Jabi sekali lagi melakar sejarah gemilang apabila berjaya menggondol 11 buah pingat daripada 30 buah pingat yang diperolehi oleh kontinjen Pendidikan Khas Kota Setar dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Stadium Darulaman pada 22 - 23 April baru-baru ini.

Adik Muhammad Fikri Bin Abdul Ghani (gambar) yang dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri berjaya meraih 3 pingat emas dan satu pingat gangsa. Manakala seorang lagi peserta SK Jabi iaitu Siti Nor Nazirah Binti Zainuddin telah dipilih sebagai tokoh Olahragawati Negeri setelah memenangi 2 pingat emas. Lain-lain keputusan adalah adik Muhammad Zahir Bin Zulkifli 3 emas, adik Muhammad Amiruddin Bin Abdullah 1 gangsa dan adik Norhafiza Binti Mat Lazim 2 gangsa. Mereka akan mewakili kontinjen Pendidikan Khas Negeri ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor tidak lama lagi.

Unit j-QAF mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya. Semoga SK Jabi terus gemilang pada masa hadapan.

Read more...

Lagi Jawatan Baru Untuk Guru j-QAF SK Jabi

>> Khamis, 9 April 2009

Selang seminggu selepas 2 orang guru j-QAF; Encik Ahmad Bin Hassan dan Puan Faridah Binti Aziz diamanahkan sebagai Pemantau Kebersihan dan Keceriaan Kelas sekali lagi guru-guru j-QAF SK Jabi diberi kepercayaan untuk menganggotai Jawatankuasa ICT dan Data sekolah. Cik Nor Azlina telah dilantik sebagai setiausaha jawatankuasa, Puan Faridah dilantik sebagai penyelaras makmal ICT manakala Encik Ahmad diamanahkan untuk melaksanakan projek-projek khas ICT sekolah. Walaupun dibebani dengan beban tugas yang banyak guru-guru j-QAF SK Jabi akan berusaha sedaya upaya melaksanakan tugas-tugas yang diberikan sebaik mungkin demi memenuhi hasrat dan aspirasi sekolah.

Read more...

Lembaran Baru SK Jabi 2009

>> Jumaat, 9 Januari 2009

Hampir seminggu lamanya blog ini tidak dikemaskini dek kesibukan tugas pada minggu pertama persekolahan. Seperti sekolah-sekolah lain, hari pertama persekolahan di SK Jabi menyaksikan pemantauan yang telah sempurna dijalankan oleh Encik Amry Bin Abd. Latib @ Omar; Pegawai Khas Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Setar.

Secara keseluruhannya, sesi persekolahan SK Jabi sepanjang minggu ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah kecuali terdapat beberapa perubahan kecil yang melibatkan penjadualan waktu mengajar. En. Ahmad Bin Hassan yang sebelum ini dijadualkan mengajar pada sesi petang telah diberi tanggungjawab untuk mengajar di 2 sesi (sesi pagi dan sesi petang) menggantikan Cik Nor Azlina Binti Daud. Ini berikutan permintaan daripada pentadbir sekolah yang mahukan Encik Ahmad membantu melaksanakan program-program kerohanian untuk murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Berikutan itu juga, tanggungjawab sebagai guru kelas Tahun 2 Berkat telah diambil alih oleh Puan Norini Binti Ahmad.

Proses penyusunan jadual waktu mengajar sememangnya merumitkan lebih-lebih lagi jika dibuat secara manual. Sesebuah jadual waktu mengajar yang baik perlu mengandungi beberapa masa senggang supaya guru dapat membuat persediaan secukupnya sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berikutnya. Justeru, Unit j-QAF SK Jabi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang prihatin mengenai penjadualan waktu mengajar guru-guru j-QAF. Ini kerana persekolahan 2 sesi sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kami apatah lagi pelaksanaan j-QAF di sekolah ini yang memasuki tahun ke 4 menuntut lebih banyak perhatian dan tanggungjawab. Dalam masa yang sama juga salah seorang daripada kami (Cik Shaliza Binti Saad) akan menempuh praktikum tidak lama lagi.

Dalam perkembangan yang lain pihak sekolah menjangkakan kemungkinan terdapat perubahan bilangan kelas Tahun 4 dalam masa yang terdekat. Walau apa pun yang berlaku kami tetap optimis dan mengharapkan pihak sekolah dapat menangani apa jua masalah khususnya yang berkaitan dengan jadual waktu mengajar dengan baik dan saksama.

Sebelum kalam ditangguhkan buat seketika, Unit j-QAF sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua guru dan warga kerja SK Jabi kerana berjaya menguruskan minggu pertama persekolahan dengan baik. Semoga senario seperti ini dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP