Link Within

Blog Widget by LinkWithin

Program Transisi Tahun 1 dan Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid

>> Rabu, 31 Disember 2008

Hari ini SK Jabi telah mengadakan Program Transisi Tahun 1 dan Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid. Program dan majlis ini telah berjalan dengan lancar kecuali slot bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bilangan murid yang mendaftar untuk memasuki Tahun 1 pada tahun ini mencatat sedikit penurunan berbanding tahun lepas memandangkan sesi persekolahan di sebelah petang menyukarkan sebahagian waris untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Pun begitu terima kasih diucapkan kepada para waris yang memilih SK Jabi sebagai tempat untuk anak-anak mereka menimba ilmu. Semoga suatu hari nanti anak-anak mereka akan tampil sebagai generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Read more...

Palestin Oh Palestin...

>> Isnin, 29 Disember 2008


Sedih, geram, marah dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur-baur apabila pagi ini saya membaca berita perkembangan terkini pergolakan di Palestin [klik di sini untuk paparan berita penuh Utusan Online]. Rasanya tidak perlulah saya mengulas panjang kerana masing-masing dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Mengarang artikel panjang untuk berkongsi rasa sedih dan simpati yang meruntun jiwa atau sekadar untuk berkongsi rasa marah, maki dan dendam hanya membuang masa dan tidak berfaedah. Sebaliknya usaha yang proaktif harus difikir dan digembleng bersama demi membela nasib saudara-saudara kita yang dizalimi.

Senario semasa menunjukkan bahawa kita tidak mampu untuk berperang dan mengangkat senjata memerangi Zionis. Justeru, sudah sampai masanya umat Islam meyahut seruan Dr. Yusoff Al Qardawi agar memboikot produk-produk keluaran Israel [klik di sini untuk mengetahui produk-produk keluaran Israel] dan sekutunya seperti Amerika dan Britain. Cara ini dilihat paling ampuh dan berkesan untuk kita melumpuhkan ekonomi mereka. Biar mereka merasai bahang kekuatan kita. Kita tukarkan buih-buih dilaut menjadi gelombang Tsunami yang membinasakan mereka. Kita sama sekali takkan kebuluran atau menjadi papa kedana jika kita tidak membeli atau menjual produk mereka kerana masih banyak lagi pilihan produk tempatan dan keluaran muslim yang boleh kita gunakan. Harus diingat bahawa hasil keuntungan produk-produk keluaran Israel yang kita beli akan digunakan untuk menindas dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Usahlah mencemuh atau memaki hamun pemimpin-pemimpin Arab kerana hakikatnya kita sendiri tidak bersatu-padu dan berpecah belah. Pupuklah perpaduan dan elakkan persengketaan agar kita dapat berdiri teguh sehingga tidak dapat dipijak-pijak oleh musuh-musuh Islam sewenang-wenangnya.

Sebagai pendidik kita seharusnya menggunakan medan ini untuk berjihad sepenuhnya. Jihad dalam erti kata bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang berilmu dan mempunyai penghayatan Islam yang jitu dan padu. Sejarah membuktikan hanya ilmu dan pekerti yang luhur sahaja akan menjadikan kita bangsa yang maju dan berjaya.

Isu yang diketengahkan ini mungkin agak basi dan tidak menarik perhatian untuk dibaca. Namun sedikit sebanyak diharapkan agar artikel ini dapat menyuntik kesedaran dan semangat buat kita semua. Pugarkan kembali rantaian-rantaian doa untuk saudara seIslam kita di sana agar sentiasa tabah mengharungi mehnah dan tribulasi serta diberi pertolongan oleh Allah SWT. Semoga suatu hari nanti kita akan beroleh kemenangan yang hakiki...


Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430...

>> Ahad, 28 Disember 2008


Read more...

Cikgu Non dan Cikgu Sofi : Selamat Berpisah dan Selamat Menjalankan Tugas

>> Rabu, 24 Disember 2008

Unit j-QAF SK Jabi mengucapkan selamat berpisah dan selamat menjalankan tugas kepada Encik Zainal Abidin Bin Ismail; Penolong Kanan Kokurikulum (PK Koku) yang telah bertukar ke SK Suka Menanti, Alor Setar. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada Encik Sofi Bin Idris yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK Hem) di SK Kuala Lanjut. Sesungguhnya warga SK Jabi telah kehilangan dua orang guru yang amat berdedikasi dan komited terhadap setiap perancangan dan aktiviti yang dijalankan. Semoga segala jasa baik dan pengorbanan kalian diberi ganjaran yang selayaknya oleh Allah SWT.

Read more...

Namakan anak anda dengan sebaik-baik nama...

>> Selasa, 16 Disember 2008


Sifat manusia sukakan nama-nama yang cantik dan indah hingga adakalanya mengkesampingkan makna yang tersirat disebalik nama-nama tersebut. Ada yang secara tidak sengaja menamakan anak mereka Awang (tiada makna dalam kamus Arab), Zani (penzina lelaki), Zaniah (penzina perempuan), Watie (xxx), Zibalah (plastik sampah), Azar @ Azril @ Azrul (nama ayah Nabi Ibrahim si pembuat patung berhala) sedangkan nabi kita sudah berpesan agar namakan anak dengan nama yang baik-baik kerana nama tersebut akan dipanggil semasa berada di Padang Mahsyar nanti. Sementelahan lagi apabila ibu, bapa malah sesiapa sahaja memanggil anak dengan panggilan yang baik, secara tidak langsung mereka mendoakan anak tersebut. Itu pun jika nama tersebut dipanggil penuh. Jangan pula Ahmad dipanggil Mad. Hilang maknanya.

Terdapat satu hadith seingat saya nabi bersabda: "Nama yang paling disukai Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling baik adalah Hamam dan Harith" (au kama qal). Mutakhir ini kita sering mendengar nama-nama yang agak bombastik seperti Mikhail, Danish, Danny, Maria, Sofea dan sebagainya. Dr. Abdullah Nasih Ulwan (seorang tokoh ilmuan dan pemikir Islam) dalam tulisannya melarang kita menamakan anak dengan nama-nama sebegini kerana ada tasyabuh atau persamaan dengan nama orang-orang kafir (Untuk makluman, nama-nama ini amat disukai oleh Arab Kristian khususnya di Mesir). Alangkah eloknya jika kita namakan anak-anak kita seperti nama-nama para nabi, sahabat, solafus soleh, para mujahidin dan syuhada' moga-moga dengan keberkatan nama tersebut anak-anak kita dapat mengikut jejak langkah mereka dan menjadi sebaik mereka.

Sebelum hendak menamakan anak elok rujuk dahulu kepada ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang lebih mengetahui untuk dipastikan ejaan, makna dan nahu arabnya (jika nama tersebut berangkai dan panjang) supaya tidak tersilap. Jangan sesekali menamakan anak dengan nama Aziz (atau apa sahaja nama-nama daripada asmaul husna) kerana hanya Allah sahaja sesuai dinamakan begitu. Sebaliknya namakanlah anak dengan meletakkan Abdul di pangkal seperti Abdul Aziz, Abdul Rahim, Abdul Razak dan sebagainya. Lagi satu seperti yang nabi pesan jangan letak nama yang ada isim tafdil seperti Aflah (Yang paling berjaya) takut-takut timbul fitnah dikemudian hari.

Dalam pengamatan saya, saya melihat kebanyakan nama-nama para nabi, sahabat dan salafus soleh terdiri daripada nama tunggal seperti Adam, Salleh, Isa, Musa, Yusof, Umar, Uthman, Ali, Mu'adz (kebetulan nama anak saya juga), Zaid, Handzalah dan sebagainya. Selain itu terdapat juga nama yang terdiri daripada dua rangkai nama (idofat) seperti Zulkifli dan Abdul Rahman. Jarang pula saya mendengar nama-nama golongan ini yang panjang-panjang kecuali kunniah, laqab atau gelaran yang diletakkan di hujung nama seperti Al Qardhawi, An Nawawi, At Tantawi dan sebagainya.

Wallahu taala a'lam bissowab...

* Saya dalam artikel ini merujuk kepada En. Ahmad Bin Hassan; guru j-QAF SK Jabi
* Artikel ini adalah respon/komen terhadap artikel yang dicatat oleh GPI SKSV bertajuk "Namakan anak anda sebaik-baiknya... dan ejaannya". Bacaan lanjut di http://sksv.blogspot.com/2008/12/namakan-anak-anda-sebaik-baiknya-dan.html

Read more...

Aktiviti

>> Ahad, 14 Disember 2008

Sepanjang tahun 2008, Unit j-QAF, Panitia Agama Islam, SK Jabi telah berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :
  1. Kelas Tasmik
  2. Kelas Literasi Al Quran
  3. Kem Bestari Solat - bersiri
  4. Hari Penghayatan dan Kesenian Islam
  5. Majlis bacaan Yasin dan Qiyamullail Perdana Tahun 6
  6. Majlis Khatam Al Quran dan Anugerah Bestari Solat
  7. Melatih dan menghantar peserta ke Karnival Pendidikan Islam Peringkat PKG Pokok Sena (naib johan Tilawah Al Quran dan naib johan Pertandingan Kuiz) dan Majlis Khatam Al Quran Peringkat Daerah Kota Setar (tempat ketiga Tilawah Al Quran)

Read more...

Pengenalan

Program j-QAF merupakan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri; Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bagi memperkasakan Pendidikan Islam dikalangan murid-murid sekolah rendah di seluruh negara. Program yang mula dijalankan secara berperingkat pada tahun 2005 ini mengandungi empat model pengajaran khusus seperti model enam bulan khatam Al Quran, model Tasmik, model Kelas Pemulihan Jawi, model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan satu model kokurikulum iaitu model Bestari Solat.

Program j-QAF mula dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jabi (lihat gambar di sebelah) pada tahun 2005. Berpegang kepada motto " Mendepani Cabaran Membentuk Generasi Masa Depan", j-QAF Sekolah Kebangsaan Jabi akan berusaha sedaya upaya merealisasikan hasrat murni Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sehingga kini terdapat seramai 4 orang guru j-QAF yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik. Mereka ialah :

1. Encik Ahmad Bin Hassan
Kelulusan akademik : B.A (Hons) Syariah, Universiti Al Azhar, Mesir
Kelulusan ikhtisas : Diploma Pendidikan (KPLI SR LPBS j-QAF), IPPP
Major : Pendidikan Islam

2. Puan Faridah Binti Aziz
Kelulusan akademik : B.A (Hons) Bahasa Arab, Universiti Al Azhar, Mesir
Kelulusan ikhtisas : Diploma Pendidikan (KPLI SR LPBS j-QAF), IPDA
Major : Bahasa Arab

3. Cik Nor Azlina Binti Daud
Kelulusan akademik : B.A (Hons) Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM
Kelulusan ikhtisas : Diploma Pendidikan (KPLI SR LPBS j-QAF), IPPP
Major : Pendidikan Islam

4. Cik Shaliza Binti Saad
Kelulusan akademik : B.A (Hons) Pengajian Al Quran dan Hadis, UKM
Kelulusan ikhtisas : Masih dalam latihan KPLI SR LPBS j-QAF di IPDA
Major : Pendidikan Islam

Read more...

Carta Organisasi Unit j-QAF

CARTA ORGANISASI
UNIT j-QAF, PANITIA AGAMA ISLAM
SK JABI

PENAUNG
Puan Hajjah Rosani Binti Haji Besar
(Guru Besar)

PENASIHAT
Puan Siti Rahani Binti Mansur
(Penolong Kanan Kurikulum)

PENGERUSI
Puan Rusyipah Binti Nanyan
(Ketua Panitia Agama Islam)

SETIAUSAHA
Cik Nor Azlina Binti Daud
(Guru j-QAF)

AHLI JAWATAN KUASA
1. Encik Ahmad Bin Hassan (Guru j-QAF)
2. Puan Faridah Binti Aziz (Guru j-QAF)
3. Cik Shaliza Binti Saad (Guru j-QAF)


PENYELARAS-PENYELARAS j-QAF

  1. Penyelaras Tasmik - Encik Ahmad Bin Hassan
  2. Penyelaras Pemulihan Jawi - Cik Nor Azlina Binti Daud
  3. Penyelaras Bahasa Arab Komunikasi - Puan Faridah Binti Aziz
  4. Penyelaras Bestari Solat - Cik Shaliza Binti Saad
  5. Penyelaras Data dan ICT - Encik Ahmad Bin Hassan

TUGAS-TUGAS KHAS GURU j-QAF

1. Encik Ahmad Bin Hassan
  • AJK Induk HEM
  • AJK Induk Kokurikulum
  • AJK Panitia Agama Islam
  • Penolong Setiausaha Peperiksaan
  • Penolong Setiausaha PLBS
  • Lembaga Pemeriksa Aset Boleh Alih Sekolah
  • Setiausaha Kelab Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
  • Penyelaras Projek Khas ICT Sekolah
  • AJK Pemantauan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • AJK Majlis Sukan Sekolah
  • Ketua Rumah Merah
  • Guru Penasihat Pengakap
  • Guru Penasihat Persatuan Agama Islam
  • Jurulatih Pasukan Tilawah Al Quran
  • Jurulatih Pasukan Kompang Selawat
  • AJK PIBG
  • AJK Badan Kebajikan Staf SK Jabi
2. Puan Faridah Binti Aziz
  • Setiausaha Panitia Agama Islam
  • Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
  • Penolong Setiausaha Kelab Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
  • Penyelaras Makmal ICT
  • Pegawai Pemeriksa Aset Boleh Alih Sekolah
  • AJK Pemantauan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Guru Penasihat Persatuan Agama Islam
  • Guru Penasihat Rumah Hijau
  • Jurulatih Pasukan Tilawah Al Quran
  • Jurulatih Pasukan Nasyid
3. Cik Nor Azlina Binti Daud
  • Guru kelas 3 Berkat
  • AJK Panitia Agama Islam
  • AJK Unit SPBT
  • AJK Unit Kesihatan, Keselamatan dan Keceriaan (3K)
  • AJK Pusat Sumber Sekolah
  • AJK Unit SPBT / Susu Sekolah / Kafeteria
  • Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
  • Guru Penasihat Rumah Biru
  • Jurulatih Pasukan Nasyid
4. Cik Shaliza Binti Daud
  • AJK Panitia Agama Islam
  • AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling
  • Guru Penasihat Rumah Kuning


Read more...

Hubungi Kami

UNIT j-QAF
Panitia Agama Islam,
Sekolah Kebangsaan Jabi,
06400 Pokok Sena,
Kedah,
MALAYSIA

Tel./Faks : +604-7821340
Portal : http://www.jqaf-skjabi.blogspot.com
Email : jqafskjabi@yahoo.com

Read more...

Selamat Menyambut Eidul Adha 1429 Hijrah

>> Rabu, 3 Disember 2008

Read more...

Belasungkawa : Bonda kepada Puan Syarifah Norazlifah

Sekalung takziah diucapkan kepada Puan Syarifah Norazlifah Binti Syed Noeden; Pembantu Tadbir SK Jabi di atas kepulangan bondanya yang tercinta ke rahmatullah. Jenazah diberitakan akan disemadikan di Guar Chempedak sejurus selepas solat zohor pada hari ini. Pihak kami mendoakan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. Semoga Puan Syarifah Norazlifah sekeluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan yang berat ini.
Al fatihah...

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP