Link Within

Blog Widget by LinkWithin

Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain SK Jabi Berjaya

>> Ahad, 15 Mac 2009


Pada 14 Mac yang lepas telah diadakan Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain yang melibatkan keseluruhan murid Tahun 6 SK Jabi yang beragama Islam. Tamrin yang bermula dari pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 4.30 petang. Antara pengisian tamrin ini ialah taklimat fardhu ain, ujian amali fardhu ain dan slot-slot ceramah yang berkisar tentang ibadah dan akidah. Secara keseluruhannya tamrin ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul SK Jabi Meriah


Pada 12 Mac yang lalu telah diadakan Majilis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jabi. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini diisi dengan pelbagai acara yang menarik seperti perarakan Maulidur Rasul, pertandingan mewarna, pertandingan azan, pertandingan hafazan, pertandingan bacaan jawi dan pertandingan nasyid. Keputusan penuh pertandingan akan menyusul selepas ini.

Read more...

Tahniah : Encik Che Hashim Bin Hanafi dan Puan Hamidah Binti Ahmad

Unit j-QAF SK Jabi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Che Hashim Bin Hanafi yang telah dilantik sebagai Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Jabi yang baru menggantikan Puan Embut Binti Abdullah yang telah bertukar ke SK Changlun. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada Puan Madihah Binti Ahmad dari SK Bukit Kayu Hitam yang telah dilantik sebagai Penyelia Petang menggantikan jawatan yang sebelum ini disandang oleh Encik Che Hashim. Semoga dengan pelantikan ini meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan SK Jabi.

Read more...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

>> Ahad, 8 Mac 2009

Read more...

Perkhemahan Pengakap SK Jabi 2009


Pada 5 dan 6 Mac yang lalu telah diadakan Perkhemahan Pengakap bertempat di Kem Cikgu Mad Din, Jalan Naka, Pokok Sena, Kedah. Aktiviti yang dijalankan secara tahunan ini telah disertai kira-kira 70 orang peserta pengakap SK Jabi dengan dibantu oleh beberapa orang guru iaitu Encik Ahmad Bin Din, Encik Ahmad Bin Hassan, Encik Mohamad Arif Bin Ab. Samat, Encik Hilmi Bin Mohamad, Cik Shaliza Binti Saad, Cik Nor Azlina Binti Daud dan turut dibantu oleh Cik Sofiah Binti Ahmad; Pembantu Murid RESOS SK Jabi. Tetamu jemputan perkhemahan ini terdiri daripada Tuan Haji Jamil Bin Abdullah; Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Tuan Haji Roslan Bin Mansur; Ketua Pengakap Daerah Kota Setar dan Tuan Haji Ghazali; Pegerusi Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Kota Setar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini adalah seperti teknik memasang khemah, persembahan kebudayaan, tazkirah, latihan dinamika kumpulan, permainan kotak beracun, latihan kawat dan bacaan ikrar.

Read more...

Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam Kelompok PKG Pokok Sena

>> Selasa, 3 Mac 2009


Hari ini Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam Kelompok PKG Pokok Sena telah diadakan di Bilik Gerakan SK Tualang pada pukul 2.30 petang. SK Jabi telah diwakili oleh Encik Ahmad Bin Hassan. Sebanyak 16 buah sekolah dalam kelompok PKG Pokok Sena terlibat dengan karnival ini iaitu SK Jabi, SK Tualang, SK Bukit Hijau, SK Bukit Payung, SK Bukit Pinang, SK Bukit Tampoi, SK Kampong Bukit, SK Kampong Paya, SK Kuala Lanjut, SK Kubang Leret, SK Lengkuas, SK Nawa, SK Pokok Sena, SK Telaga Mas, SK Telok Jamat dan SK Wan Abdul Samad.

Pelbagai agenda mesyuarat telah dibincangkan dengan bersungguh-sungguh oleh wakil-wakil setiap sekolah yang hadir menggambarkan betapa tingginya komitmen guru-guru Pendidikan Islam (GPI dan j-QAF) demi memajukan Pendidikan Islam itu sendiri.

Seperti tahun-tahun lepas acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti tilawah Al Quran, hafazan, kuiz Pendidikan Islam, pertandingan bercerita sirah nabi, pertandingan nasyid dan pertandingan kompang selawat. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan karnival ini pada 23 Mac 2009 bertempat di SK Tualang.

Read more...

Penganugerahan Bintang Semangat Jerai Kepada Adik Siti Salmiah Binti Yahaya Oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah

>> Isnin, 2 Mac 2009


Unit j-QAF dan seluruh warga SK Jabi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Siti Salmiah Binti Yahaya; murid RESOS Tahun 6 SK Jabi kerana bakal dianugerahkan Bintang Semangat Jerai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit pada 10 Mac ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan menaikkan lagi semangat dan motivasi adik Siti Salmiah untuk berjaya dalam pelajaran dan apa jua bidang yang diceburi.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP