Link Within

Blog Widget by LinkWithin

Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam Kelompok PKG Pokok Sena

>> Selasa, 3 Mac 2009


Hari ini Mesyuarat Jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam Kelompok PKG Pokok Sena telah diadakan di Bilik Gerakan SK Tualang pada pukul 2.30 petang. SK Jabi telah diwakili oleh Encik Ahmad Bin Hassan. Sebanyak 16 buah sekolah dalam kelompok PKG Pokok Sena terlibat dengan karnival ini iaitu SK Jabi, SK Tualang, SK Bukit Hijau, SK Bukit Payung, SK Bukit Pinang, SK Bukit Tampoi, SK Kampong Bukit, SK Kampong Paya, SK Kuala Lanjut, SK Kubang Leret, SK Lengkuas, SK Nawa, SK Pokok Sena, SK Telaga Mas, SK Telok Jamat dan SK Wan Abdul Samad.

Pelbagai agenda mesyuarat telah dibincangkan dengan bersungguh-sungguh oleh wakil-wakil setiap sekolah yang hadir menggambarkan betapa tingginya komitmen guru-guru Pendidikan Islam (GPI dan j-QAF) demi memajukan Pendidikan Islam itu sendiri.

Seperti tahun-tahun lepas acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti tilawah Al Quran, hafazan, kuiz Pendidikan Islam, pertandingan bercerita sirah nabi, pertandingan nasyid dan pertandingan kompang selawat. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan karnival ini pada 23 Mac 2009 bertempat di SK Tualang.

0 ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP