Link Within

Blog Widget by LinkWithin

Rangkuman Peristiwa Di SK Jabi

>> Isnin, 28 September 2009

Peristiwa 1 : Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2009
7 September - Satu majlis memohon restu oleh calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan bertempat di kafeteria SK Jabi. Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh murid-murid dan guru-guru Tahun Enam malah turut dihadiri oleh para pentadbir dan guru-guru sesi pagi dan sesi petang. Kami mendoakan agar semua calon UPSR pada tahun ini akan beroleh keputusan cemerlang yang dijangka diumumkan pada pertengahan bulan November nanti.


Peristiwa 2 : Peperiksaan UPSR 2009
8 - 9 September - Selama tiga hari berturut seramai 104 orang calon UPSR termasuk seorang murid RESOS (masalah penglihatan) menduduki peperiksaan UPSR dalam "suasana baru" apabila semua calon dikehendaki memakai penutup mulut bagi membendung penularan wabak H1N1 yang masih belum menunjukkan tanda reda. Buat pertama kali juga pada tahun ini satu ujian khas yang dikenali sebagai Ujian Aptitud diperkenalkan bagi menguji dan menyaring calon-calon yang berkelayakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Peristiwa 3 : Kem Bestari Solat Khas Ramadhan
1 - 16 September - Bagi memastikan murid-murid Tahap Satu dapat menunaikan solat dengan betul dan sempurna Kem Bestari Solat telah dijalankan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Kem pada kali ini lebih menitikberatkan amali wudhuk dan solat secara berjamaah yang diimami oleh murid sendiri . Secara keseluruhannya kem ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan walau pun terdapat segelintir murid yang masih belum dapat menguasai bacaan tahiyyat akhir dengan baik.

Peristiwa 4 : Majlis Tadarrus Al Quran Ramadhan
1 - 16 September - Sudah menjadi tradisi bagi SK Jabi apabila tibanya Ramadhan program Tadarrus Al Quran menjadi kemestian untuk dilaksanakan. Seperti biasa program tadarrus Al Quran pada tahun ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid lelaki, kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid perempuan dan kumpulan tadarrus Al Quran Juzuk Amma bagi murid-murid yang belum mahir membaca Al Quran. Apa yang membanggakan kami ialah peserta-peserta program tadarrus Al Quran pada tahun ini kebanyakkannya dikuasai oleh murid-murid pelaksanaan program j-QAF manakala kualiti bacaan Al Quran pula adalah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Peristiwa 5 : Majlis Khatam Al Quran dan Pemberian Duit Raya
17 September - Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad bin Hassan telah berlangsung dengan jayanya dengan murid-murid yang terlibat dengan program tadarus dan khatam Al Quran ini telah diraikan dengan pemberian hadiah dan cenderamata. Majlis diteruskan dengan sesi bermaafan antara guru dan murid dan diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid SK Jabi.

Unit j-QAF SK Jabi mengucapkan...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP